PENTAS AKSI melancarkan sebuah program NGO@Makerthon yang bertajuk COVID19ital pada 7 Januari 2022. Fokus programini ialah untuk membantu mengenalpasti penduduk sekitar dari lokaliti Terengganu yang mempunyai bakat unik supaya diketengahkan secara lebih digital bersama teknologi seperti Non Fungible Token (NFT). Selari dengan motto ‘Martabat Modal Insan’ yang mencari pemilik bakat untuk dijadikan ikon baru bagi sesuatu wilayah. Objektif program ini untuk membantu usahawan lokal menggunakan bakat seni lokal sebagai sumber produksi setempat untuk promo produk mereka secara lebih meluas di atas talian. Program ini dilaksanakan dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) melalui agensi pelaksana Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).
Peserta yang terdiri dari ahli komuniti setempat ditawarkan aktiviti pengukuhan bakat yang meliputi digital usahawan eBengkel, kelas bakat Tutorumah dan Applikasi yang dikelolakan oleh Pentas Aksi dengan tema ‘Seniaga Norma Baharu’. Program ini meliputi elemen asas seni budaya seperti muzik, tarian dan lakonan.
Ia kemudian dikaitkan dengan aktiviti penjenamaan produk niaga lokal yang relevan. Kategori sampingan baru berasaskan bakat juga ditambah untuk menyeimbangkan aktiviti tradisi setempat berdasarkan projek I’M Singles yang pernah mencipta sejarah tahun 2012 sebagai sebuah album kompilasi indie pertama negara menggabungkan pelbagai latar genre unik termasuk dutanya, Bunkface. Beberapa siri pertandingan bakat juga diadakan supaya barisan pelapis industri dapat disediakan untuk masa depan. Antaranya ialah Pertandingan Mencipta Lagu, Pertandingan Seni Tari dan Pertandingan Tiru Aksi Lakonan. Borang penyertaan beserta info lanjut disediakan di http://www.pentasaksi.com . Hadiah menarik menanti peserta semua.
Acara pelancaran dilaksanakan di RuangReka, PPR Hiliran, Terengganu turut dibantu Persatuan Penduduk PPR Padang Hiliran Terengganu untuk meningkatkan penggunaan digitalisasi dalam komuniti setempat. Sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 yang akan memfokuskan Belia Berteknologi Tinggi, program ini diharap dapat membantu mencetuskan lebih banyak peluang digital kepada warga setempat untuk capaian lebih meluas. Rakan kerjasama program ini terdiri daripada radio rasmi, Online FM, media rasmi Selebriti Online, token rasmi, Detik.ai yang turut serta bersama Me.reka dan Biji-Biji Initiative.